"Kini semua mampu menerbit sendiri buku"
* * * * *
Tahukah Anda?
Ramai individu yang berkeinginan untuk menerbitkan buku mereka sendiri tetapi tidak berkeupayaan untuk berbuat demikian. Saya sendiri pernah dipelawa oleh beberapa individu untuk menerbitkan buku mereka. Ini termasuklah beberapa usahawan ebook dan novelis baru yang mahu karya mereka dibukukan (bercetak).
* * * * *
Malangnya saya terpaksa menolak permintaan mereka kerana fokus saya ialah menerbitkan buku agama dan politik. Adakah mereka ini tidak mampu menerbitkan sendiri buku mereka? Susah sangat ke terbit buku ni?
* * * * *
TIDAK. Sebenarnya bukan mereka tidak mampu untuk menerbitkan sendiri buku. Proses menerbit buku juga tidaklah sesusah mana. Cuma mereka kurang jelas apakah proses-proses yang perlu dilalui ketika menerbitkan sesebuah buku. Akhirnya mereka memendamkan sahaja hasrat untuk menerbitkan karya mereka itu.
* * * * *
Bagi individu yang bertekad mahu karyanya dibukukan juga, mereka mengambil jalan mudah dengan menghantar karya mereka ke syarikat-syarikat penerbitan. Tapi apakah ini penyelesaiannya?
* * * * *
Mengapa Perlu Bergantung Pada Syarikat Penerbitan?
Saya tidak bermaksud melarang anda menggunakan khidmat syarikat penerbitan untuk menerbitkan karya anda itu. Itu pilihan yang agak bagus. Saya sendiri menggunakan khidmat sebuah syarikat penerbitan di Selatan Tanah Air ketika mula-mula melibatkan diri dalam bidang penulisan.
* * * * *
Namun, saya temui beberapa kelebihan apabila saya menerbitkan buku saya sendiri. Dan untuk pengetahuan anda, hanya sekali itulah karya saya diterbitkan oleh syarikat penerbitan. Selebihnya saya terbitkan sendiri. Saya lakukannya berseorangan. Tanpa rakan kongsi. Tanpa penaja. Tanpa persatuan. Semuanya saya lakukan sendiri.
* * * * *
DAN. Percaya atau tidak, segala kos penerbitan pada ketika itu saya gunakan wang PTPTN sepenuhnya. Dan saya mendapat pulangan modal begitu cepat hasil daripada jualan buku. Bukankah itu sudah sangat berbaloi? Bukankah ini menunjukkan bahawa menerbit sendiri buku adalah sesuatu yang tidak sukar?
* * * * *
Manfaat Terbit Sendiri
Ada banyak manfaat yang anda akan dapat jika menerbit sendiri karya anda. Dari segi pulangan, anda akan meraih keuntungan berlipat ganda berbanding hanya bergantung kepada royalti daripada syarikat penerbitan.
* * * * *
Lazimnya, syarikat penerbitan akan membayar royalti sebanyak 7% hingga 20% daripada harga jualan buku. Misalnya kalau buku anda berharga RM 20.00 senaskah. Buku anda berjaya dijual sebanyak 2000 naskah. Paling tinggi anda akan dapat RM4000.00.
* * * * *
Itu hanya ramalan di atas kertas. Hakikatnya belum tentu berlaku seperti itu. Setiap penerbit lazimnya menggunakan kaedah bayaran yang berbeza sebagaimana yang pernah saya alami. Saya pernah dibayar sebanyak RM600.00 sahaja untuk karya yang saya hasilkan selama hampir enam bulan (tiada royalti).
* * * * *
Anda juga perlu mengambil kira jumlah buku yang akan dicetak oleh penerbit. Lazimnya, penerbit tidak akan sesuka hati menerbit sehingga ribuan naskah jika anda belum mempunyai nama yang kukuh dalam bidang penerbitan. Ini kerana mereka juga sedaya upaya untuk meminimumkan risiko. Justeru, bagaimana kalau penerbit hanya menerbit buku anda sebanyak 500 naskah sahaja? Berapa yang akan anda dapat?
* * * * *
Kalau anda menerbit sendiri buku anda, modal senaskah buku anda hanya lima (5) hingga lapan (8) kali lebih murah daripada harga yang akan anda letak. Contohnya harga buku anda berharga RM20.00. Bahagikan dengan lima atau lapan. Anda kiralah sendiri. Tidakkan ia sangat berbaloi?
* * * * *
Jadi, mengapa tidak terbit sendiri karya anda?
* * * * *
Kenapa Takut Terbit Sendiri?
Ada banyak sebab mengapa tidak ramai karyawan tempatan menerbitkan sendiri karya mereka. Antara sebab paling dominan ialah ekoran kekurangan itu sendiri. Apabila kurang karyawan menerbit karya sendiri, akan timbul persepsi kononnya menerbit sendiri buku adalah satu pekerjaan yang sangat berat.
* * * * *
Mereka beranggapan, sudah tentu ramai karyawan yang akan menerbit sendiri buku mereka jika proses menerbit itu mudah. Persepsi ini akan terus ‘menjangkiti’ karyawan turun temurun. Akhirnya, mereka lebih suka menyerahkan karya mereka untuk diterbit oleh syarikat penerbitan.
* * * * *
Tak tahu mana nak jual buku juga merupakan ‘ketakutan’ yang sering dialami oleh mereka yang berhasrat menerbit sendiri buku. Ini masalah biasa dalam semua perniagaan. Hakikatnya, industri penerbitan buku mempunyai kelebihan tersendiri dari segi pemasaran produk.
* * * * *
Di Malaysia terdapat begitu banyak syarikat pengedar yang sedia mengedarkan buku anda. Tugas anda hanya memilih yang mana anda berkenan. Kalau pun tidak mahu menggunakan khidmat mereka, anda boleh aplikasikan teknologi internet dengan menubuhkan blog, minisite. Website, dan sebagainya. Saya juga menggunakan semua kaedah ini.
* * * * *
Ada banyak lagi sebab mengapa orang takut terbit sendiri buku. Cukuplah saya senaraikan yang sedikit ini. Selebihnya anda sendiri lebih mengetahui apakah yang anda takutkan untuk menerbit buku.
* * * * *
Apakah Kelebihan Ebook Ini?
Berikut ialah kelebihan yang akan anda peroleh apabila membaca Ebook ini:
- Menyedari trend pembacaan masyarakat Malaysia yang semakin meningkat sekaligus menambahkan permintaan terhadap buku-buku baru. Anda perlu manfaatkan situasi ini.
- Memahami langkah awal dalam proses penerbitan selepas karya siap ditulis. Proses ini akan menentukan kejayaan penerbitan sesebuah buku.
- Mendapat motivasi daripada pengalaman saya selaku penerbit persendirian sejak di IPT.
- Mengetahui cara memohon ISBN/Serahan bahan penerbitan.
- Mengetahui cara memohon PDP.
- Mengetahui cara daftar nama syarikat di SSM.
- Mengetahui kos menerbit buku/minimumkan kos.
- Mengetahui bagaimana cara mempromosi buku (tempat promosi) sebelum buku siap dicetak.
- Mengetahui syarikat percetakan terbaik untuk anda.
- Mengetahui di mana nak pasarkan buku apabila buku siap dicetak. Juga disenaraikan nama-nama syarikat pengedar (orang tengah) buku terkini.
* * * * *
Isi Kandungan
- Mukadimah
- Mitos Rakyat Malaysia Malas Membaca
- Buku Bercetak Vs Ebooks
- Perbezaan Penerbit dengan Pencetak
- Pengalaman Menerbit Buku Sendiri
- Panduan Memohon ISBN
- Panduan Memohon PDP
- Panduan Memohon Nama Syarikat di SSM
- Kos menerbitkan Buku
- Panduan Mempromosi Buku Berkesan
- Di Mana Nak Cetak Buku?
- Senarai Pencetak Terkemuka
- Di Mana Nak Edarkan Buku?
- Senarai Kedai Buku Berangkai
- Kesimpulan
Berapa Harga Ebook ini?
Harganya cuma RM20.OO.
Tutorial PERCUMA Untuk Anda ! ! !
Saya tahu anda amat berminat menerbitkan buku. Namun masih ragu untuk memulakannya. Saya akan padamkan keraguan anda itu dengan memberikan TUTORIAL/TIPS PERCUMA kepada anda. Apa yang harus anda buat ialah lengkapkan NAMA dan EMAIL anda di bawah ini. Kemudian, pastikan anda sentiasa menyemak inbox dan spam di email anda.
|
Tunggu Dulu ! ! !
Kami ada tawaran menarik untuk anda
* * * * *
Dengan setiap belian ebook ini, anda layak mendapat Ebook BONUS seperti yang tertera di bawah ini. Kesemua ebook yang akan kami berikan ini dapat membantu memudahkan proses penerbitan buku anda termasuklah proses paling akhir iaitu PEMASARAN.
* * * * *
Ebook BONUS #1
* * * * *
* * * * *
Ebook BONUS #2
* * * * *
Tajuk: Panduan Membina Squeeze Page
* * * * *
Ebook ini dapat membantu anda yang memilih internet sebagai medium pemasaran buku. Anda harus ingat, menjual buku tidak semestinya perlu bergantung kepada pasaran bercorak tradisional iaitu menjualnya di kedai-kedai buku. Anda perlu memanfaatkan kecanggihan teknologi maklumat kerana peluang yang lebih besar akan anda peroleh di situ.
* * * * *
Squeeze Page merupakan elemen penting untuk anda menarik pelanggan di internet. Ia merupakan antara kunci kejayaan seseorang usahawan internet. Secara umum, kelebihan Squeeze Page yang utama ialah peranannya dalam ‘mengeksploitasi’ kelebihan emel sebagai medium promosi dan pemasaran. Ia membantu anda mengumpul emel bakal pelanggan anda, seterusnya anda boleh melakukan promosi secara halus terhadap mereka dengan hanya melalui emel. Bukankah ia satu kaedah promosi yang sangat mudah dan murah?
* * * * *
Ebook ini akan menjelaskan secara terperinci bagaimana untuk membina Squeeze Page yang berkualiti dengan cara yang cukup mudah. Anda tidak perlu lagi mengupah pakar Squeeze Page selepas ini kerana anda kini mampu membinanya sendiri.
* * * * *
* * * * *
Ebook BONUS #3
* * * * *
Tajuk: Kes Bunuh Altantuya, Antara Fakta dan Auta
Ebook setebal 82 halaman ini akan membongkar fakta-fakta di sebalik kes pembunuhan Altantuya. Terdapat terlalu banyak fakta-fakta yang disembunyikan oleh media arus perdana hingga kini. Semua fakta yang disembunyikan itu akan didedahkan di dalam ebook ini.Pelbagai dokumen dan sumber rahsia turut didedahkan di dalam ebook ini
* * * * *
Siapa Saya?
Saya ialah Ahmad Henry, lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sejarah dari Universiti Pendidikan Sultan Idris. Amat meminati bidang sejarah dan politik, telah membawa saya ke alam penulisan buku sejak berada di tahun tiga pengajian.
* * * * *
Pada asalnya saya menulis sekadar untuk meluahkan isi hati. Saya lebih cenderung menulis karya politik dan sosial. Lama kelamaan saya menerbit sendiri karya saya.
* * * * *
Antara karya saya ialah Islam di Bawah BN: Dari Sudut Pandangan Mahasiswa Islam, Jemaah Tabligh: Sejarah dan Perkembangannya di Malaysia, 60 Tahun Islam di Bawah UMNO-BN: Terbelakah Islam?, Kes Bunuh Altantuya: Antara Fakta dan Auta, dan beberapa artikel yang tidak dibukukan lagi.
* * * * *
Ketika ini, buku saya bertajuk "Islam di Bawah UMNO-BN: Terbelakah Islam?" merupakan antara buku politik yang mejadi perhatian peminat karya politik. Ia turut diulas oleh beberapa akhbar alternatif dan media online. Percaya atau tidak, saya menguruskan penerbitan buku ini berseorangan sepenuhnya.
* * * * *
Kalau anda berminat untuk dapatkan buku ini senaskah, anda hanya perlu tambah RM 5.00
sahaja.
Ikhlas daripada,
http://pustakaalmanhar.com/
Email: pustakaibnmanhar@gmail.com
H/P: 013-4660895
NOTA: Diharapkan agar maklumat yang disampaikan ini dapat membantu menunaikan hasrat anda menerbit buku sendiri. Trend membaca masyarakat Malaysia yang semakin meningkat sepatutnya disusuli dengan jumlah penerbitan buku yang semakin meningkat. Mahukah anda menjadi sebahagian daripada penerbit buku tersebut? Kalau anda mahu, dapatkan ebook ini SEGERA!
* * * * *
Sertai Kami di Facebook
* * * * *
Sila klik LIKE untuk menyertai kami di Facebook. Perkembangan terkini mengenai ebook ini dan produk kami yang lain akan kami paparkan di Facebook.
* * * * *